suria

Buang dua bayi ke dalam tong sampah selepas bersalin, bintang YouTube dipenjara 40 tahun

Dayvault menangis sebaik mendengar keputusan hakim pada Khamis lalu. Foto: WKRC

SEORANG bintang YouTube, Alyssa Anne Dayvault, dijatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun selepas didapati bersalah membuang dua bayinya yang baru lahir ke dalam tong sampah.

Dayvault, 32, tidak menghadiri perbicaraannya pada Oktober namun panel hakim menjatuhkan hukuman tersebut di atas dua tuduhan pembunuhan yang disebabkab oleh penderaan kanak-kanak, menurut laporan media tempatan.

Blogger kecantikan itu melahirkan seorang bayi perempuan pada tahun 2017 diikuti oleh seorang bayi lelaki pada tahun 2018.

Bagaimanapun Dayvault membuang kedua-dua bayinya ke tong sampah setelah melahirkannya.

Sebaik mendengar keputusan hakim pada Khamis lalu, Dayvault menangis sambil merayu meminta hakim untuk mempertimbangkan kembali hukumannya.

"Saya hanya ingin meminta maaf. Saya harap suatu hari mereka akan memaafkan saya atas apa yang telah saya lakukan," katanya.

Hakim bagaimanapun menolak kononnya Dayvault berbuat demikian kerana mempunyai masalah mental, sambil menyatakan dia harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas undang-undang.

Sebelum ini sewaktu disoal siasat oleh polis, Dayvault mengakui dia mengalami keguguran.

Namun beberapa minit kemudian, dia menjawab 'iya' ketika ditanya sama ada dia tidak mampu menjaga anak-anak itu lagi. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain