suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hos TV popular, isteri maut pesawat terhempas ketika cuba mendarat cemas

Pesawat yang terbakar di bahagian enjin cuba mendarat cemas sebelum terhempas.

SEORANG hos rancangan temubual TV popular di Rusia maut dalam insiden pesawat ringan terhempas pada Ahad.

Alexander Koltovoy, 41, sedang menerbangkan pesawat jenis Cessna ketika ia terbakar sebelum cuba melakukan pendaratan kecemasan.

Isterinya yang tidak didedahkan namanya turut maut dalam nahas tersebut.

Video menunjukkan asap menyelubungi enjin pesawat tersebut yang cuba mendarat di lebuh raya berhampiran perkampungan Tomilino yang terletak di wilayah Moscow.

Saksi mendakwa ternampak pesawat yang terbakar itu terhempas di sebuah ladang.

Media tempatan melaporkan kedua-dua mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian.

Jawatankuasa Siasatan Nahas Udara Rusia turut mengesahkan kejadian tersebut. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain