suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk selamba buang sampah di jalan, pihak berkuasa letak ‘hadiah’ depan pintu rumah

Tindakan seorang penduduk yang membuang sampah di jalan di hadapan rumah. -foto twitter kakinada_KMC

PIHAK berkuasa tempatan di bandar Kakinada di Andhra Pradesh di India, mempunyai idea untuk menghukum penduduk yang melanggar peraturan kerana membuang sampah merata-rata.

Ini kerana masih terdapat individu yang juga membuang sampah di luar rumah mereka sendiri.

Pihak berkuasa melaksanakan inisiatif 'Return Gift' membabitkan insiden isi rumah yang membuang sampah di jalan.

Sampah-sampah yang dibuang itu akan diletakkan kembali di hadapan pintu rumah mereka.

Tindakan itu bertujuan untuk memastikan pelaku menyedari kesalahan mereka, agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

Pihak berkuasa tempatan Kakinada mempunyai kira-kira 900 pekerja pembersihan untuk mengumpulkan sampah di rumah-rumah.

Namun, ramai penduduk membuang sampah sewenang-wenangnya, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa melakukan cara tersebut sebagai pengajaran. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain