suria

Selepas 14 anak lelaki, wanita 45 tahun akhirnya lahirkan cahaya mata perempuan pertama

Sepasang suami isteri dikurniakan 14 anak lelaki. foto Daily Mail

TIADA yang lebih bermakna dan menggembirakan selain dikurniakan cahaya mata.

Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri Schwandts sejak berkahwin di usia remaja.

Sejak itu, mereka mempunyai 14 anak lelaki dan selepas bertahun-tahun, mereka akhirnya dikurniakan cahaya mata perempuan yang pertama.

Menurut laporan, ibu berusia 45 tahun itu, Kateri Schwandt, melahirkan seorang anak perempuan bernama Maggie Jayne.



Jay dan Kateri dikurniakan cahaya mata perempuan yang pertama. foto AP

Pasangan suami isteri itu, Jay Schwandt dan Kateri mengenali ketika remaja dan berkahwin pada 1993.

Menurut Mail Online, mereka mempunyai tiga anak lelaki sebelum tamat pengajian di sebuah kolej.

Anak lelaki sulung mereka berusia 28 tahun, manakala anak lelaki bongsu dilahirkan pada April 2018.

Kehadiran anak perempuan pertama ternyata menggembirakan keluarga itu. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain