suria

Wanita kecam adik perempuan sendiri gara-gara pilih nama ‘Cool’ untuk anak baru lahir

Seorang wanita tidak dapat menerima hakikat selepas adik perempuannya memilih nama 'aneh' untuk bayinya. Foto: Getty Images

HANYA kerana isu nama aneh, seorang wanita mengecam adik perempuannya kerana tidak dapat menerima keputusan yang dilakukan adiknya itu.

Semuanya gara-gara adik perempuannya meletakkan nama kepada bayinya yang baharu dilahirkan dengan nama yang pelik.

Membuat perkongsian di laman Reddit, wanita itu turut meminta pendapat para pelayar berhubung isu tersebut.

"Ketika saya mengetahui satu-satunya adik beradik saya bakal menimang anak, saya sangat teruja.

"Adik perempuan saya memutuskan untuk merahsiakan nama bayinya dan ia membuat saya begitu teruja untuk mengetahui apa nama yang akan dipilihnya.

"Adik saya dan suaminya adalah orang korporat, jadi saya tidak menyangka pilihan nama mereka adalah sesuatu yang tak masuk akal. Tapi mereka memutuskan untuk menamakan anak perempuan mereka - Cool," tulis wanita berkenaan.

Ternyata, rata-rata pelayar di laman berkenaan turut mempersoalkan pemilihan nama berkenaan yang dianggap sebagai sesuatu yang aneh. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Cool, nama aneh, Reddit

Artikel Lain