suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis tembak mati lelaki selepas tak mahu pakai topeng muka percuma

Police memburu suspek di rumah sebelum menembaknya. Foto cp24.com

ANGGOTA polis menembak mati seorang lelaki berusia 73 tahun, selepas didakwa enggan memakai topeng muka di pasar raya.

Lelaki itu didakwa menyerang seorang pekerja di kedai Valu-mart di Minden, Ontari di Haliburton, Kanada, setelah mereka memintanya memakai topeng yang dibekalkan secara percuma.

Menurut kedai tersebut, keengganan suspek membuatkan kakitangan lain membawanya keluar.

Setelah keluar dari kedai, dia memandu kenderaannya dan cuba melanggar kakitangan, sebelum merempuh pasar raya.

Pemilik kedai, Linda Easton berkata, lelaki tersebut juga melanggar sebuah trak ketika cuba melarikan diri dalam kejadian pada Rabu.

Polis kemudian menjejaki suspek di rumahnya Indian Point Road, berhampiran Tasik Drag, setelah mengesan nombor pendaftaran kenderaannya.

Unit Siasatan Khas Ontario berkata: "Di luar kediaman, terdapat interaksi dengan lelaki itu dan dua pegawai melepaskan tembakan.

"Lelaki itu ditembak. Dia dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.47 pagi (waktu tempatan)."

Ketua Polis Ontario, Jason Folz berkata: "Dia enggan memakai topeng di kedai. Dia tidak dibenarkan memasuki premis sebelum melakukan serangan." - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

topeng muka, pasar raya,

Artikel Lain