Bayi perempuan baru pandai berjalan meninggal dunia akibat Covid-19

Vitoria meninggal dunia pada 4 Mei lalu.

SEORANG bayi perempuan berusia setahun yang baru pandai berjalan meninggal dunia akibat Covid-19.

Ibunya, Andrea de Sousa, 20, berkata hatinya remuk mengenang nasib menimpa anaknya Vitoria Gabrielle yang menghembuskan nafas terakhirnya di Rio de Janeiro pada Mei lalu.

Gabriel, abang kepada Vitoria, 4, sering bertanya tentang adiknya setiap hari ketika Brazil terus merekodkan angka kematian tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS).

Vitoria baru saja pulih daripada jangkitan virus meningitis ketika dimasukkan ke sebuah hospital dengan masalah gastrointestinal pada 9 April lalu.

Namun pada 20 April lalu, dia mengalamai masalah sukar bernafas dan sering keletihan sebelum dipindahkan ke unit rawatn rapi empat hari kemudian.

Bayi malang itu meninggal dunia pada 4 Mei dengan punca kematian disebut sebagai ‘pnuemonia bilateral, dijangkiti Covid-19’ selain pengumpulan cecair di otak dan pembengkakan hati serta limpa.

Hanya ibu dan bapa tirinya dibenarkan untuk menghadiri upacara pengebumian bayi tersebut. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bayi, meninggal dunia, Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Malaysia catat 9 kes positif Covid-19