suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi tanpa kaki, tangan nyenyak tidur bersebelahan ibu... undang rasa sayu

Bayi itu nyenyak tidur bersebelahan ibunya.

SEORANG bayi perempuan yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki ternyata mengejutkan pasukan doktor di Madhya Pradesh, India.

Menurut para doktor, kandungan ibu bayi itu cukup sihat dan sempurna.

Malah, mereka sama sekali tidak pernah mengesan masalah itu sewaktu dalam peringkat kehamilan.

Foto keadaan bayi itu yang dibalut dengan selimut bersebelahan ibunya turut menjadi tular dan mengundang rasa sayu.

Dalam satu foto berasingan, bayi itu kelihatan sedang tidur bersebelahan ibunya.

Menurut Dr Prabhakar Tiwari, kelahiran ganjil itu dikenali sebagai sindrom Tetra-Amelia yang mana ia berlaku dalam nisbah satu dalam 100,000 kelahiran.

Malah kata doktor, itu merupakan kes pertama yang disaksikan di hospital tempat dia bertugas. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dr Prabhakar Tiwari, bayi, cacat

Artikel Lain