suria

Bikini ‘tak cukup kain’ jadi bahan sindiran, disamakan dengan topeng muka

Bikini yang menjadi bahan sindiran netizen. Foto Daily Star

SATU bikini menjadi bahan sindiran netizen.

Menerusi keluaran terbaharu, bikini tersebut mempunyai rekaan corak bunga.

Pakaian mandi itu yang kelihatan seperti 'tak cukup kain' membuatkan ada yang berpendapat seperti topeng muka.

Gambar tersebut dimuat naik di sebuah laman Instagram yang sering membuat bahan jenaka mengenai pakaian di pasaran.

Menerusi akaun yang mempunyai lebih 37,000 pengikut itu, ia menyebut: "Pengumuman khidmat masyarakat: topeng muka tidak berfungsi di bawah hidung."

Posting tersebut mencuit hati banyak pihak sehingga meraih lebih 1,400 tanda komen selain komen.

Ramai yang terhibur perbandingan yang dibuat bersama topeng muka.

"Menangis baca kapsyen. Ia juga kelihatan seperti secebis kain langsir," komen seorang netizen. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bikini, topeng muka,

Artikel Lain