suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisis Covid-19 semakin meruncing di Brazil, mayat diletak bersebelahan pesakit di wad hospital

Bungkusan mayat diletak bersebelahan dengan pesakit yang sedang dirawat di wad.

MAYAT mangsa Covid-19 disimpan di dalam plastik sampah berwarna hitam bersebelahan pesakit yang sedang dirawat di sebuah hospital di Brazil.

Awal tahun ini, Presiden Brazil Jair Bolsonaro menyifatkan koronavirus sebagai ’selesema ringan’ tetapi negara Amerika Selatan itu kini merekodkan angka kematian terburuk kedua di dunia.

Brazil merekodkan lebih 50,000 kematian akibat jangkitan itu dengan jumlah tersebut dikhuatiri akan terus meningkat.

Malah jangkitan itu ternyata memberi kesan kepada petugas kesihatan di negara tersebut.

Lebih ramai jururawat meninggal dunia di Brazil berbanding negara lain, menurut Majlis Jururawat Kebangsaan (ICN).

Pada Mei, lebih 15,000 jururawat di negara itu dijangkiti Covid-19 dengan separuh daripada kematian direkodkan berlaku di Rio de Janeiro dan Sao Paulo.

Video yang tular turut menunjukkan doktor tertidur di koridor dan mayat dibungkus dengan plastik sampah diletakkan bersebelahan pesakit yang sedang dirawat.

Pandemik itu telah meragut 40 nyawa jururawat dan 30 doktor di Rio de Janeiro. - Mirror

Artikel Lain