suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Influencer sempat rakam aksi tunggang motosikal baharu dibeli sebelum maut kemalangan

Anastasia bersama motosikal yang baharu dibelinya.

SEORANG selebriti media sosial yang memperoleh pendapatan satu juta pound sterling pada usia 15 tahun sempat merakam aksinya menunggang motosikal yang baharu dibeli dan matahari terbenam sebelum meninggal dunia dalam kemalanganh

Anastasia Tropitsel, 18, mengalami kecederaan parah di kepala selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan sewaktu berada di Bali, Indonesia.

Kekasihnya, Viktor Maydanovich, 30, yang menunggang sebuah motosikal berbeza berkata Anastasia hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan.

Sebelum itu, Anastasia dilaporkan merakam aksinya menunggang motosikal dan juga matahari terbenam, lapor Gold Coast Bulletin.

Dia mula menulis blog ketika berusia 12 tahun dan menjadi billionaire pada usia 15 tahun.

Gadis itu menetap di Bali sepanjang tempoh perintah berkurung selepas bercuti ke negara itu untuk menghasilkan content di Instagramnya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

motosikal, kemalangan, Bali, influencer

Artikel Lain