suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pundi kencing lelaki pecah selepas minum 10 botol minuman keras, tahan buang air kecil 18 jam

Seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat pundi kencingnya yang pecah. Foto AsiaWire / Zhuji People's Hospital

SEORANG lelaki dikejarkan ke hospital selepas pundi kencingnya pecahnya.

Kejadian itu disebabkan mangsa menahan kencing selama 18 jam selepas sesi mengambil minuman keras.

Lelaki berusia 40 tahun itu meminum lebih 10 botol minuman keras pada satu malam, sebelum tertidur tanpa ke bilik air.

Dia kemudian mengalami kesakitan teramat sangat sebaik bangun dari tidur.

Weixin melaporkan bahawa lelaki yang dikenali sebagai Hu, dimasukkan ke Hospital Rakyat Urologi Bandar Zhuji di China selepas pucat dan berpeluh.

Sebaik terjaga dari tidur pada pukul 7 malam waktu tempatan, perutnya berasa sakit sebelum dikejarkan ke hospital.

Wakil Jabatan Urologi, Zhu Lingfet menjelaskan bahawa Hu tidak boleh baring kerana otot perutnya menjadi tegang dan sakit untuk disentuh.

Walaupun mencuba beberapa kali, dia tidak dapat membuang air kecil disebabkan kesakitan yang dialaminya.

Bagaimanapun, pundi kencing lelaki itu didapati pecah selepas menjalani imbasan CT.

Dia kemudian dibawa segera untuk pembedahan bagi merawat pundi kencing. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain