suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lamborghini remuk, terbabit dalam kemalangan 20 minit selepas keluar dari kedai

Keadaan kereta Lamborghini yang remuk di lebuh raya. Foto Ben Lack/YappApp

SEBUAH kereta mewah Lamborghini baharu remuk di lebuh raya, selepas hanya 20 minit kenderaan itu keluar dari pengedar.

Model Hurucan Performante bernilai £215,000 (RM1.14 juta) terbabit dalam kemalangan selepas dirempuh oleh sebuah van semasa berhenti di lorong tiga M1 berhampiran Leeds, Yorkshire di United Kingdom.

Kemalangan berlaku pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan di lebuh raya menghala selatan, antara Junction 40 di Flushdyke dan Junction 39 di Durkar.

Jurucakap polis mendakwa pemandu van itu cedera ringan di kepala akibat rempuhan itu.

Polis trafik West Yorkshire, Richard Whitely memuat naik gambar kereta Lamborghini itu di laman Twitter.

"Itu hanya sebuah kereta! Tetapi Lamborghini yang baru berusia 20 minit yang berhenti kerana masalah mekanikal di lorong tiga, dirempuh dari belakang (oleh sebuah kenderaan).

Kemalangan itu mengakibatkan kesesakan di lebuh raya, sebelum ia dibuka semula untuk trafik pada pukul 2.15 petang waktu tempatan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lamborghini, lebuh raya,

Artikel Lain