suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia 8 tahun maut gara-gara kolam renang yang baharu diselenggara alami kerosakan litar elektrik

Kolam renang di kediaman keluarga berkenaan dilaporkan baharu diselenggara sebelum kejadian tragis itu berlaku. Foto: ABC 6

TIGA sekeluarga maut ketika mandi apabila kolam renang yang baharu diselenggara dilaporkan mengalami kerosakan litar elektrik.

Mangsa yang maut terdiri daripada kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, ibu kanak-kanak itu yang berusia 32 tahun dan datuknya yang berusia 62 tahun.

Mangsa dilaporkan berpindah ke kediaman yang terletak di East Bunswick, New Jersey dua minggu lalu, kata penyiasat.

Kejadian itu disedari oleh jiran yang terdengar mangsa menjerit, sebelum dia kemudiannya bertindak menghubungi 911.

Punca sebenar yang menyebabkan kematian tiga sekeluarga itu masih belum jelas tetapi sumber memberitahu media tempatan bahawa kemungkinan ada masalah litar elektrik, susulan pihak berkuasa memanggil kontraktor elektrik ke kediaman berkenaan.

Bagaimanapun, pihak polis masih belum mengesahkan perkara tersebut atau menjelaskan lebih lanjut mengenai tragedi berkenaan.

Penyiasat berkata ketika kejadian, ahli keluarga yang lain sedang berada di dalam rumah. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kolam renang, litar elektrik

Artikel Lain