suria

Papan tanda dipegang budak 4 tahun “Lelaki juga datang bulan” tular, cetus kontroversi

Posting seorang ibu di Instagram yang memaparkan anak lelakinya memegang papan tanda tertulis “Men Have Periods Too” (Lelaki juga datang bulan) bertujuan untuk mempromosikan inklusiviti, menjadi tular.

PERKONGSIAN seorang ibu di Instagram yang memaparkan anak lelakinya memegang papan tanda tertulis “Men Have Periods Too” (Lelaki juga datang bulan) bertujuan untuk mempromosikan inklusiviti, menjadi tular.

Milly Bhaskara yang mempunyai ribuan pengikut di Instagram berkata perkongsian tersebut bertujuan memupuk kesedaran orang ramai agar menyayangi diri sendiri, menerima tubuh badan dan kesihatan mental.

Papan tanda yang dipegang anak lelakinya, Eli, 4 tertulis: “Sesetengah lelaki datang bulan juga. Jika saya ada, begitu juga anda”.

Eli, 4, memegang papan tanda kontroversi dan gambar itu menjadi tular selepas dimuat naik ibunya di Instagram.

“Eli diberitahu mengenai datang bulan apabila dia terlihat tompokan darah di seluar saya beberapa tahun lalu. Saya sudah tidak didatangi haid ketika ini”.

“Saya tidak gunakan kata-kata wanita datang bulan kerana ia tidak inklusif.

“Saya beritahu anak saya bahawa sesetengah wanita, sesetengah yang berjantina bukan lelaki mahupun wanita (non binari) dan sesetengah lelaki juga datang bulan".

“Ia bukan menghina wanita, ia bukan merendahkan wanita, ia membuka mata komuniti untuk mencipta ruang selamat kepada mana-mana yang tidak dikenal pasti sebagai wanita tetapi masih datang bulan,” ujarnya.

Milly menutup ruangan komen di posting tersebut.

Bagaimanapun, sesetengah pelayar di Facebook tidak bersetuju dengan perkongsian tersebut. - Mirror

Artikel Lain