suria

Individu kedua maut punca hisap vape

Tabiat menghisap vape dikatakan punca kematian dua pengguna di Amerika Syarikat. -foto https://www.blacknote.com/blog/

SEORANG lagi mangsa penggunaan vape meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Kematian berpunca daripada tabiat menghisap vape itu menimbulkan kebimbangan di Amerika Syarikat selepas kesan jangka panjang rokok elektronik tersebut.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu jatuh sakit selepas mencuba produk terbaharu yang dicampur dengan kanabis.

Mangsa terus dihantar ke hospital di Oregon dan diberi bantuan pernafasan.

Pegawai kesihatan, Ann Thomas berkata, belum pasti sama ada mangsa sakit disebabkan kandungan ataupun peranti rokok elektronik itu sendiri.

Mangsa meninggal dunia pada Julai lalu dan hanya didedahkan minggu ini.

Satu lagi mangsa maut bulan lalu di Illinois.

Sehingga kini seramai 200 orang termasuk remaja dilaporkan mengaami masalah pernafasan dan jangkitan paru-aru akibat menghisap vape.

Persatuan Vaping Amerika menyalahkan pengguna menghisap rokok elektronik ini yang mengandungi bahan terlarang. – metro.co.uk

vape, maut, kedua

Artikel Berikut

Artikel Lain