suria

Lelaki berang isteri curang, tuntut bayar balik wang perbelanjaan anak

Kes tuntutan dibawa ke Mahkamah Tinggi.

SEORANG lelaki begitu kecewa selepas mengetahui isterinya curang terhadapnya sehingga mempunyai anak dengan orang lain.

Sebaik sahaja mendapat tahu perkara itu, lelaki tersebut meminta isterinya membayar semua wang yang dibelanjakan terhadap anak hasil hubungan sulit isterinya itu.

Sebelum ini lelaki itu percaya kanak-kanak lelaki itu adalah anaknya.

Malah dia juga mengugut untuk mendedahkan nama lelaki yang mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Lelaki tersebut memberitahu, kanak-kanak itu wajar diberitahu siapa bapanya sebenar.

Kes mereka telah dibawa ke mahkamah dan masih menunggu sama ada pihak hakim bersetuju atau tidak dengan permohonan mendedahkan nama skandal isterinya itu. – Dailymail.co.uk

isteri curang, suami, minta duit

Artikel Lain