suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lukisan Leonardo Da Vinci RM1.9b dibeli Putera Mahkota Saudi, tapi nilai mungkin hanya RM6.3j

Putara Mahkota Arab Saudi Mohammed Bin Salman (kiri) dikatakan individu di sebalik pembelian lukisan palsu Leonardo Da Vinci. Foto kiri HARISH TYAGI/EPA-EFE/REX/Shutterstock/Foto kanan Reuters

PUTERA Mahkota Arab Saudi dikatakan membelanjakan AS$450 juta (RM1.9 bilion) untuk lukisan Leonardo da Vinci yang didakwa palsu.

Pada November 2017, lukisan The Salvator Mundi dijual antara 20 karya artis warga Itali itu.

Ia kemudian mendedahkan pembeli lukisan tersebut adalah Putera Badr bin Abdullah al Saud, pegawai diraja Saudi yang berlagak mewakili Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Ben Lewis, seorang pakai sejarah seni yang menulis sebuah buku mengenai lukisan mengulas bahawa diraja itu secara tiba-tiba menaikkan tawarannya daripada AS$370 juta (RM1.6 bilion) kepada AS$400 juta (RM1.7 bilion) kerana menganggap keluarga diraja Qatar akan mengatasinya.

Ia kemudian menjadi perhatian apabila billionaire China, Liu Yiqian yang sebenarnya membuat saingan bidaan itu.

Memandangkan ia dipaparkan dalam pameran besar da Vinci di Galaeri Kebangsaan London pada 2011, timbul persoalan mengenai keaslian lukisan tersebut.

Kerosakan pada lukisan itu dan cubaan untuk memuliharanya membuatkan ia sukar untuk dianalisis.

Malah, ramai pakar seni tidak yakin dengan lukisan berkenaan, menerusi pertikaian pada imej tersebut.

Muzium seni Louvre Abu Dhabi membatalkan untuk mempamerkan lukisan kira-kira dua minggu sebelum pameran tersebut, menyebabkan ramai beranggapan ia bukan karya masternya, tetapi anak didiknya.

Kurator di Louvre di Paris secara sulit melabelkan lukisan tersebut sebagai 'dari bengkel' da Vinci. 

Tindakan tersebut sekali gus menjatuhkan nilai lukisan paling mahal di dunia itu, dengan pakar berpendapat ia boleh bernilai kira-kira AS$1.5 juta (RM6.3 juta) sekiranya dijual semula. - Mirror UK


Artikel Lain