suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 lelaki mabuk buat kecoh dalam pesawat ditahan pihak berkuasa sejurus mendarat

14 lelaki itu membuat kekacauan sewaktu penerbangan dari Edinburgh ke Majorca Palma.

SERAMAI 14 lelaki ditahan polis sejurus pesawat mereka mendarat di Lapangan Terbang Majorca Palma, Sepanyol.

Menaiki penerbangan Jet2 dari Edinburgh, kumpulan penumpang itu mencetuskan kekacauan sepanjang perjalanan akibat mabuk.

Disifatkan sebagai operasi yang luar biasa, kumpulan pihak berkuasa bersama kenderaan rasmi mengepung pesawat itu sejurus ia mendarat.

Mereka dibawa ke Pejabat Keselamatan Sivil sebelum dikenal pasti untuk laporan selanjutnya kepada Agensi Keselamatan Penerbangan Sepanyol (AESA).

14 lelaki yang tidak didedahkan identiti itu juga bakal dikenakan denda atas perbuatan mereka.

Sewaktu dalam penerbangan, mereka juga tidak mengendahkan arahan supaya memakai tali pinggang keselamatan.

Malah, perbuatan mereka turut mengganggu penumpang-penumpang lain. - Mirror.

Jet2, mabuk, pesawat

Artikel Lain