suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Lelaki sembelih isteri, anak sampai mati, seorang lagi anak jerit "Cukuplah ayah!"

Polis membuat pemeriksaan di lokasi kejadian. Foto CEN

SEORANG lelaki ditahan kerana menyembelih isteri dan anak lelakinya sehingga mati di kediaman mereka.

Josef F, 60, ditahan kerana disyaki membunuh isterinya berusia 38 tahun dan anak lelaki berumur lapan tahun.

Dalam kejadian itu, seorang lagi anak suspek berusia 11 tahun berjaya melarikan diri ke kawasan kejiranan di Tefenbronn di Baden-Wuerttemberg, Jerman.

Menurut media tempatan, jiran-jiran kepada suspek jurutera berusia 60 tahun itu dapat mendengar jeritan anak lelakinya.

Anak lelaki suspek menjerit sambil menangis: "Cukuplah ayah."

Mangsa cedera parah selepas lehernya dikelar bapa menggunakan pisau, sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Keadaan mangsa bagaimanapun tidak dipastikan.

Polis menemui mayat isteri dan anak lelaki suspek sebaik tiba di lokasi kejadian.

Josef ditahan dan disyaki terlibat dalam kes bunuh. - Mirror UK


bunuh, sembelih, mati, bapa, anak, isteri

Artikel Lain