suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Main pistol sewaktu rakam video TikTok, lelaki tak sengaja tembak rakan hingga mati

Insiden itu berlaku berhampiran Jalan Barakhamba, India. FOTO: iKeyMonitor

SEORANG lelaki berusia 19 tahun didakwa menembak mati rakannya dengan pistol sewaktu sedang mereka sedang membuat rakaman video TikTok.

Salman Zakir bersama Sohail dan Amir memandu ke India Gate

Dalam perjalanan pulang, Sohail duduk bersebelahan Salman yang sedang memandu sambil dia mengeluarkan pistol.

Dia mengacukan pistol kepada Salman sebagai salah satu adegan dalam video itu dan secara tidak sengaja tertembak rakannya itu di bahagian pipi kiri.

Insiden itu berlaku berhampiran Jalan Barakhamba, India.

Akibat panik, mereka membawa Salman ke rumah salah seorang ahli keluarga untuk menukar pakaiannya.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital LNJP sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Dua rakan itu kini berada dalam tahanan polis dan sedang disiasat. - India Today.

tiktok, tembak, pistol

Artikel Lain