suria

Pemburu aktiviti paranormal rakam 'hantu' keluar dari kubur dua wanita

Kelibat makhluk yang dirakam oleh Mark.

SEORANG pemburu hantu mendakwa berjaya merakamkan bukti kehidupan selepas kematian.

Rakaman yang ditangkap menggunakan peralatan pakar itu menunjukkan beberapa kejadian kegiatan paranormal termasuk dua makhluk keluar dari kubur yang mengandungi mayat dua wanita.

Klip itu dirakam oleh Mark Davies, 47, yang telah menjadi pemburu hantu sejak dua tahun lalu.

Dia berharap rakaman yang diambil di Falmouth Cemetery dekat Cornwall itu akan menarik minat penyiasat paranormal yang lebih berpengalaman, lapor Cornwall Live.

Mark sebelum ini bercakap tentang pertemuannya dengan makhluk misterius, yang digambarkannya sebagai "alien" atau "setan".

Mark berkata: "Ia gila. Terdapat beberapa perkara yang berlaku dan saya telah menyuntingnya untuk menumpukan bahagian kepala di kubur tersebut.

Mark. - Foto Cornwall Live

"Di sebelah kiri kubur ada juga makhluk yang keluar dan anda dapat melihat makhluk itu bergerak.

"Makhluk yang jelas kelihatan itu berjalan selama dua saat kemudian hilang dalam kabus putih.

"Saya menjemput mana-mana pakar untuk merungkai bukti ini kerana ia adalah bukti tentang kehidupan selepas kematian.

"Anda dapat melihat wajah yang keluar dari kubur dan sesuatu telah berlaku. Bebola kapas atau sesuatu yang terapung di atas kubur, ia adalah gila.

Pemburu itu juga enggan mempedulikan mereka yang ragu-ragu dengannya dan hanya mahu menumpukan perhatian terhadap pekerjaannya. - Daily Record

pemburu hantu

Artikel Lain