suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang terbunuh, letupan di pusat beli-belah

Orang ramai berlari menyelamatkan diri. Foto Twitter/Mirror UK

SEKURANG-kurangnya seorang terbunuh selepas beberapa letupan menggegarkan bandar Changchun di China.

Letupan berlaku di pusat membeli-belah Wanda Shopping Plaza di bandar itu, di wilayah Jilin.

Pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 2.30 petang waktu tempatan.

Rakaman video menunjukkan orang ramai panik lari menyelamatkan diri selepas letupan tersebut mengakibatkan asal tebal di jalanan.

Saksi dilaporkan mendengar bunyi dentuman beberapa kali yang disyaki serangan pengganas.

Bagaimanapun pihak berkuasa China menolak perkara itu, tetapi mengesahkan dua letupan berlaku dengan jarak tiga minit.

Letupan pertama berlaku di tempat letak kereta, manakala letupan kedua di tingkat 30 di bangunan pusat membeli-belah itu.

Pihak berkuasa mengesahkan seorang maut dalam kejadian itu, manakala seorang lagi cedera.

Punca letupan masih belum disahkan dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan. - Mirror UK

Artikel Lain