suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahok bakal nikahi anggota polis yang ditugaskan menghantar makanan ketika dipenjara

BASUKI Tjahaja Purnama atau singkatannya BTP dan lebih mesra disapa Ahok kini pemimpin Indonesia yang bebas selepas tamat menjalani hukuman penjara baru- baru ini.

Kini, perkhabaran yang bertiup kencang mengenai hubungannya dengan Bripda Puput Nastiti Devi, seorang anggota polis wanita.

Lebih dikenali sebagai Puput, wanita beragama Islam ini berasal dari Nganjuk, Jawa Timur dan berkelulusan Sekolah Menengah Atas.

Berusia 21 tahun, Puput bertanggungjawab sebagai anggota keselamatan yang menghantar makanan kepada Ahok ketika menjalani hukuman di Mako Brimob.

Ketika itu, Ahok masih suami kepada Veronica Tan sebelum mereka bercerai pada April 2018.

Perkahwinan itu terlerai selepas 21 tahun melayari bahtera bersama.

Ahok ditemani Puput (kanan) yang memakai pakaian dengan warna sedondon ketika hari pembebasan pemimpin Indonesia itu baru-baru ini.

Dikhabarkan Ahok dan Puput yang kini semakin rapat, malahan keluarga masing-masing sedang merancang untuk melangsungkan pernikahan mereka.

Juga dikhabarkan telah ada pakaian khusus yang disiapkan keluarga Puput untuk resepsi pernikahan pasangan itu.

Tribunstyle.com dari Wartakotaalive.com melaporkan, busana itu bakal digayakan Ahok dan Puput ketika upacara di Jakarta.

Setakat ini, ibu bapa Puput juga sedang berurusan untuk menyiapkan surat nikah anaknya dengan Ahok.

Ia dikendalikan ayah Puput, Teguh Sriyono pada minggu lalu.

Hal ini telah disahkan Aselih iaitu ketua kampung Pasir Gunung Selatan, Kecamatan Cimanggis, Depok, Jawa Barat.-style.tribunnews.com

Ahok, Puput, Mako Brimob

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia