suria

Ahli teori konspirasi dakwa fenomena 'Super blood wolf moon' jadi tanda-tanda awal kiamat

Imej super moon yang dirakam di Prague, Czech Republic. - Foto Reuters

AHLI teori konspirasi mengatakan bahawa fenomena 'super blood wolf moon' yang jarang berlaku boleh menjadi titik mula pengakhiran dunia.

Kejadian langit yang jarang berlaku itu (tidak akan berlaku selama 18 tahun lagi) akan menyaksikan bulan berubah kepada warna merah pada awal pagi Isnin.

Terdapat pihak mendakwa bahawa fenomena itu boleh menjadi tanda-tanda awal kiamat.

Pengkhutbah Evangelis, Paul Begley dari West Lafayette, Indiana di Amerika Syarikat memberitahu Express terdapat kemungkinan bahawa dunia akan berakhir pada 22 Januari.

Paul berkata: "Jelas sekali tanda-tanda malapetaka di langit ini menunjukkan peristiwa bencana yang berada di cakerawala.

"Kita tak tahu bila... hanya kerana anda akan menyaksikan 'Super Blood Moon' pada 20 dan 21 Januari, ia tidak bermakna 22 Januari akan aman tenteram.

Gerhana bulan bermula sejurus 2.30 pagi GMT (10.30 pagi Malaysia), tetapi masa terbaik untuk melihatnya adalah sekitar pukul 5:15 pagi GMT (1.15 tengah hari Malaysia) kerana bulan akan bertukar kepada warna merah gelap ketika melewati bayang-bayang bumi. - Mirror UK

super moon

Artikel Lain