suria

Komen jahat netizen paksa Meghan tutup akaun IG rahsia

AKAUN Instagram Meghan Markle dipadam pada Januari tahun lalu sewaktu dia mengumumkan pertunangan dengan Putera Harry.

Namun, dia dikatakan mempunyai satu lagi akaun Instagram rahsia.

Selepas dibongkarkan oleh orang ramai, dia akhirnya menutup akaun itu pada Disember tahun lalu gara-gara komen jahat yang diterimanya.

Meghan didakwa mengalami tekanan akibat menerima ugutan dan kata-kata kesat menerusi Instagram tersebut.

Malah, kata-kata jahat orang ramai menyebabkan dia berasa terasing.

Demi melindungi dirinya serta kesihatan bayi, Meghan akhirnya menutup akaun Instagram berkenaan.

"Setelah Instagram dia kena padam sewaktu umum bertunang, dia buat satu lagi akaun lain untuk kawan-kawan.

"Namun terlalu banyak kata-kata nista dilemparkan kepadanya.

"Dia terpaksa tutup Instagram untuk melindungi kesihatan mentalnya. Dia rasa asing dan kesunyian," kata seorang sumber. - NZ Herarld.

Meghan Markle, Instagram

Artikel Lain