Guru sisih murid, salah anggap kanser penyakit berjangkit - Dunia | mStar

Guru sisih murid, salah anggap kanser penyakit berjangkit

TINDAKAN seorang guru di sebuah sekolah rendah di China mendiskriminasi pelajarnya yang menderita kanser akhirnya membawa padah.

Guru berkenaan menyuruh murid itu duduk bersendirian di belakang kelas dan tidak membenarkannya mengambil ujian seperti rakan sebaya yang lain.

Guru bahasa itu dikatakan kurang senang dengan budak itu sejak dia dipindahkan ke Sekolah Rendah Liancheng, di Quanzhou, wilayah Fujian pada September kerana perlu menjalani rawatan kemoterapi untuk penyakit kanser limfoma Non-Hodgkin.

Diskriminasi terhadap budak berusia 13 tahun itu berlaku kerana guru berkenaan sebenarnya salah faham apabila menganggap penyakit yang dihidapi kanak-kanak itu boleh berjangkit.

Malahan, bukan guru itu saja, tetapi ada juga ibu bapa murid di sekolah berkenaan yang bertanggapan sedemikian hingga bertindak memindahkan anak mereka ke sekolah lain.

Sejak itu, guru berkenaan telah mengasingkan budak lelaki yang bernama Zhou, dengan menempatkannya di belakang kelas dan melarangnya mengambil peperiksaan.

Pada mulanya, Zhou merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ibu bapanya kerana tidak mahu mereka bimbang, tetapi setelah pulang tanpa keputusan peperiksaan bahasa, bapanya mula menyoalnya hingga membuatkan dia tiada pilihan, selain memberitahu kejadian sebenar.

Murid itu juga berkata, gurunya, yang juga bernama Zhou, telah mengasingkannya dan menempatkannya di belakang kelas untuk mencegah penyakitnya berjangkit kepada kanak-kanak lain.

Perbuatan guru itu menyebabkan dia terlepas tiga peperiksaan tahunan.

"Anak saya hanya duduk di belakang selama 45 minit ketika peperiksaan," kata bapa Zhou kepada wartawan media tempatan. 

Susulan kejadian itu, difahamkan guru bahasa itu telah diarah bercuti dan pangkat naib pengetuanya telah digantung.

Selepas mengetahui tentang layanan yang tidak adil kepada pelajar, Biro Pendidikan Hui'an County memulakan siasatan dan menuntut agar Zhou dibenarkan duduk dan mengambil peperiksaan.

Bapa kepada murid itu juga memuat naik kisah anaknya ke media sosial, dengan foto dan video dari rakan sekelas hingga menarik perhatian ramai. - Oddity Central 


kanser , Fujian , Zhou

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain