Denda lebih RM13,000 kerana enggan serah kata kunci telefon - Dunia | mStar

Denda lebih RM13,000 kerana enggan serah kata kunci telefon

NEW ZEALAND: Pelancong yang ingin berkunjung ke New Zealand boleh didenda sebanyak 5,000 dollar New Zealand (RM13,401) jika enggan memberikan kata kunci bagi membuka peralatan elektronik mereka.

Kata kunci itu diperlukan bagi pihak kastam memeriksa pelancong dan ia tertakluk di bawah akta baharu, walaupun kumpulan kebebasan sivil menyelar tindakan tersebut sebagai perlanggaran hak privasi.

Undang-undang itu berkuat kuasa pada 1 Oktober selepas akta kastam selama 22 tahun tersebut dikemas kini.

"Ia turut memberikan hak kepada pegawai kastam untuk menyalin data yang dijumpai daripada peranti tersebut," kata Perkhidmatan Kastam New Zealand dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada minggu lalu.

Namun, Majlis New Zealand untuk Kebebasan Sivil berkata, undang-undang itu memberi pegawai kastam kuasa untuk memaksa para pelancong membuka kata kunci telefon pintar mereka tanpa alasan, dan tanpa pilihan undang-undang buat pelancong untuk mencabar perintah tersebut.

"Telefon pintar moden mengandungi sejumlah besar maklumat peribadi yang sangat sensitif termasuk e-mel, surat, rekod perubatan, foto peribadi, dan gambar yang sangat peribadi.

"Membenarkan kastam untuk memeriksa dan mendapatkan semua maklumat ini adalah pencerobohan yang serius terhadap privasi peribadi seseorang termasuk pihak ketiga yang berkomunikasi dengan mereka," kata jurucakap Majlis New Zealand untuk Kebebasan Sivil, Thomas Beagle dalam satu kenyataan.

Beagle mempersoalkan sama ada pencerobohan itu berjaya menangkap penjenayah yang mungkin memilih untuk membayar denda berbanding mendedahkan bukti yang boleh membawa kepada hukuman penjara. - Stuff NZ 


kata kunci , telefon , New Zealand

Artikel Sebelum

Ikan "dinosaur" dikesan di sungai Australia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain