suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Giat Bumi' lahir sejam selepas gempa

TANJUNG: Jika sebelum ini seorang bayi lelaki yang dilahirkan ketika gempa Lombok, Indonesia diberi nama Muhammad Gempa Rizki, kini ada seorang lagi bayi lelaki yang dilahirkan dengan nama Giat Bumi.

Bayi tersebut dilahirkan di hospital lapangan sejam selepas wilayah itu digegarkan gempa bumi susulan pada Rabu lalu.

Giat Bumi yang bermaksud kejadian alam selamat dilahirkan apabila ibunya, Ridha Yanti dihantar ke hospital lapangan dan melawan sakit selama 14 jam.

“Saya dihantar ke hospital ini menggunakan trak dan diberi ubat tahan sakit. Selepas 14 jam, pada jam 3.30, satu jam selepas gempa susulan bayi saya selamat dilahirkan.

“Buat masa ini saya dan bayi akan terus menetap di tapak perkhemahan kerana kami masih trauma. Saya masih belum bersedia untuk tinggal di dalam rumah,” katanya.

Rabu lalu gempa bumi susulan pada magnitud 6.2 skala Ricther menggegarkan Lombok.

Giat Bumi, Lombok, gempa

Artikel Lain