Swafoto selamatkan model wanita daripada teman lelaki ganas - Dunia | mStar

Swafoto selamatkan model wanita daripada teman lelaki ganas

SEORANG model yang lebam sebelah mata selepas dibelasah oleh teman lelakinya mendakwa sekeping swafoto telah menyelamatkan nyawanya.

Martha Dolak terperangkap selepas pasangannya Michael Goodwin mengunci pintu kediaman lelaki itu dan membelasahnya sehingga menyebabkan tengorak kepalanya retak serta kecacatan kekal pada saraf optiknya.

Namun, model berusia 31 tahun itu sempat merakam swafoto kecederaan yang dialaminya dan menghantar gambar itu kepada seorang rakan yang kemudiannya memaklumkan tentang kejadian itu kepada ibu bapa Martha dan pihak polis.

Serangan ganas yang berlaku pada oktober tahun lalu ketika dua anak Michael berada di bilik lain tercetus selepas lelaki terbabit memeriksa telefon bimbit Martha.

Michael, 30, terbaca pesanan yang dihantar oleh rakan Martha yang menggesa agar model itu meninggalkannya kerana terlalu mengongkong.

Martha berkata: "Ketika Michael nampak mesej itu, dia terus meradang. Saya amat takut dan cuba mendapatkan barang-barang saya dan meninggalkan rumah itu.

Martha merupakan seorang model.

"Dia cakap saya tidak boleh keluar kerana pintu-pintu telah dikunci.

"Saya menuju ke tingkap dan lihat jika saya boleh terjun dengan selamat, tapi tiba-tiba saya rasa sangat sakit dan tidak ingat apa yang berlaku.

"Saya tidak boleh rasa kaki saya dan kepala saya sangat sakit. Saya langsung tidak boleh angkat kepala.

"Mata saya pula tidak boleh dibuka dan rasa seperti ada kesan darah pekat yang telah kering di bahagian muka," katanya, lapor Mirror UK.

Selepas serangan itu, Martha meninggalkan Michael setelah menjalinkan hubungan selama 18 bulan dan kemudian mendakwa lelaki itu di mahkamah.

Michael dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun tiga bulan oleh Mahkamah Kingston Crown, England.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain