suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi tangan tersepit di eskalator

Tangan seorang kanak-kanak tersepit di eskalator. Foto AsiaWire

GARA-gara bermain di sebuah eskalator, tangan seorang kanak-kanak tersepit pada kemudahan itu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak tersebut bermain pada bahagian pemegang tangan eskalator.

Kejadian berlaku di Pasar Raya Pengtai di daerah Lusong di bandar Zhuzhou, China.

Ibu kanak-kanak berkenaan berdiri berdekatan ketika insiden berlaku.

Wanita itu dilihat meminta anaknya supaya berhenti bermain di eskalator.

Anaknya yang masih bermain kemudian menangis apabila tangan kirinya tersepit pada eskalator.

Walaupun operasi eskalator dihentikan, tetapi tangan anaknya masih tidak dapat dikeluarkan.

Menurut beberapa laporan, ibu mangsa memanggil kakitangan premis untuk mendapatkan bantuan.

Laporan turut mendakwa, dua pegawai dari Biro Penguatkuasaan Pentadbiran Bandar dan Undang-Undang kemudian membantu mengeluarkan tangan kanak-kanak yang tersepit.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Perubatan Tradisional Cina Daerah Hunan, dan doktor mengesahkan mangsa tidak mengalami kecederaan serius. - Mirror UK

Artikel Lain