Mangsa Rockmelon Tercemar Meningkat - Dunia | mStar

Mangsa Rockmelon Tercemar Meningkat

SYDNEY: Wabak Listeria yang merebak menerusi tanaman Rockmelon yang tercemar telah meragut nyawa ke empat di Victoria.

Punca wabak Listeria tersebut disahkan bermula dari sebuah ladang di New South Wales (NSW).

Setakat ini, 17 orang telah dijangkiti di sekitar Victoria dan NSW.

Mangsa terkini wabak ini dipercayai meninggal dunia minggu lalu, bagaimanapun keputusan ujian baru sahaja mengesahkan punca kematian ada kaitan dengan wabak berkenaan.

"Terdapat dua kematian di NSW dan dua di Victoria," kata NSW Health dalam satu laporan.

Menurut pengarah penyakit berjangkit di NSW Health, Vicky Sheppeard, semua rockmelon yang tercemar sudah ditarik balik dari pasaran pada 28 Februari lalu.

"Kira-kira satu pertiga daripada orang yang jatuh sakit akibat listeriosis mati setiap tahun. Kebanyakan kes tidak berkaitan dengan wabak seperti ini yang membabitkan rockmelon yang tercemar," katanya.

Listeria adalah bakteria biasa dan tidak menyebabkan penyakit ke atas kebanyakan orang.

Tetapi ia boleh mengancam warga tua, wanita hamil atau mereka yang mempunyai masalah seperti kencing manis atau kanser.

Listeriosis bermula dengan gejala seperti selesema, termasuk seram sejuk, demam dan sakit otot. Ia mempunyai tempoh inkubasi sehingga 70 hari.-TheGuardian

Rockmelon , Victoria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia