suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sepanduk Rajinikanth Dikritik, Langgar Arahan Mahkamah

BARISAN sepanduk dan papan tanda menghebahkan kehadiran pelakon yang kini menceburi bidang politik, Rajinikanth membanjiri beberapa kilometer laluan ke Universiti Dr MGR di Tamil Nadu.

Senario di Jalan Chennai Poonamalee itu bagaimanapun melanggar perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Madras mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang menggantung sepanduk dan papan tanda secara haram.

Perintah itu dikeluarkan susulan kematian seorang lelaki selepas dihempap sepanduk pada 1 Mac lalu.

Poster yang dipasang itu bagi meraikan kehadiran pelakon terkenal itu sebagai tetamu kehormat ke universiti berkenaan, sekali gus bakal merasmikan patung bekas Ketua Menteri, MG Ramachandran.

Pemasangan poster dan sepanduk adalah senario biasa di Tamil Nadu, bagaimanapun selepas insiden yang menyebabkan yang meragut nyawa seorang lelaki itu, mahkamah telah membuat ketetapan.

Ia sekali gus memberi tamparan hebat kepada kerajaan Tamil Nadu, pihak berkuasa tempatan dan juga pasukan polis negeri itu  yang mendesak mereka mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, polis Chennai telah mengambil langkah menurunkan semua sepanduk berkenaan bagi menghormati perintah mahkamah.

Bagaimanapun, laluan berhampiran universiti berkenaan telah dipasang sepanduk gergasi Rajinikanth dan MGR bagi mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat itu.

Malahan, tindakan peminat pelakon itu memasang sepanduk berkenaan telah menyebabkan Rajinikanth dikritik hebat.-IndiaToday

Rajinikanth, Madras

Artikel Lain