suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

25 Anggota Rombongan Pengantin Maut, Trak Terjunam Dalam Sungai

AHMEDABAD: Sekurang-kurangnya 25 anggota rombongan pengantin yang menaiki trak maut apabila kenderaan itu terjunam ketika melalui jambatan dalam insiden awal pagi Selasa.

Kejadian itu melibatkan trak yang membawa lebih 60 penumpang dalam perjalanan di lebuh raya Rajkot-Bhavnagar di Gujarat.

Siasatan awal mendapati pemandu trak berkenaan telah hilang kawalan hingga  menyebabkan trak terbalik dan terjunam ke dasar sungai yang kering.

"Lebih kurang 60 orang menaiki trak tersebut dan kebanyakan mangsa adalah wanita dan kank-kanak," kata Inspektor Polis Gujarat,  K.J. Kadapda.

Menurut pihak berkuasa, jumlah kematian mungkin meningkat berikutan ramai yang terperangkap di bawah trak itu.

Sementara itu, mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.

Lebih 150,000 orang terbunuh di India setiap tahun akibat kemalangan yang berpunca daripada jalan rosak, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik dan pemanduan tidak berhemah.

Gujarat, Kadapda

Artikel Lain