suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“UFO Memang Wujud”

BEKAS pengawai berpangkat tinggi dan para saintis yang penuh pengalaman namun sentiasa berada di 'belakang tabir' telah tampil bersama di atas satu pentas.

Mereka mempunyai hubungan baik yang kukuh dengan agensi kerajaan yang mungkin terlibat dalam penyelidikan fenomena udara yang tidak dikenali (UFO/UAP).

Menurut kenyataan oleh To The Stars Academy of Arts & Science, pasukannya yang telah "beroperasi di bawah bayang-bayang kerahsiaan selama beberapa dekad" percaya bahawa "terdapat bukti yang dapat dipercayai tentang UFO yang membuktikan teknologi eksotik wujud dan mampu merevolusi pengalaman manusia."

Wartawan penyiasat, Leslie Kean mencari jawapan sama ada UFO atau UAP itu boleh dianggap sebagai ancaman kepada manusia.

"Mereka tidak menunjukkan tanda-tanda ingin bermusuh," kata Luis Eiszondo yang mengendalikan program penting di Jabatan Pertahanan (DOD) Eksekutif Risik Balas dan Pengarah Risikan Negara, Amerika Syarikat.

"Tetapi sesuatu yang tidak dapat dijelaskan selalu diandaikan menjadi ancaman yang berpotensi akan berlaku sehingga kami yakin bahawa ia tidak begitu.

Jelas Luis, beliau percaya bahawa manusia lebih memahami cara UFO ini beroperasi berbanding masa sebelum ini," kata Luis. - Huffington Post

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain