suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Greece Berkabung Akibat Bencana Alam

ATHENS: Sekurang-kurangnya 15 terkorban, manakala ramai lagi cedera dan hilang selepas banjir kilat melanda Greece.

Banjir itu melanda bandar Mandra, Nea Peramos dan Megara, lokasi perindustrian dan gudang di kawasan pedalaman di bahagian barat Athens.

Kejadian itu juga menyebabkan sekurang-kurangnya 35 orang dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Perdana Menteri, Alexis Tsipras mengisytiharkan negara itu berkabung akibat bencana alam berkenaan.

"Hilang segala-galanya, ia satu bencana," kata Datuk Bandar Mandra, Yianna Krikouki kepada stesen penyiaran ERT.

Cuaca buruk sejak seminggu lalu terutama hujan lebat telah mengakibatkan banjir kilat.

Kejadian itu juga mengakibatkan banyak kenderaan rosak dihanyutkan arus deras, bangunan rosak dan menyebabkan ramai yang kehilangan tempat tinggal.

Pada Rabu sahaja, perkhidmatan bomba Greece menerima lebih 600 panggilan kecemasan.

"Air mengalir deras dari arah kawasan pergunungan.

"Semua laluan di bandar ini rosak sepenuhnya, 1,000 rumah telah dinaiki air," kata Timbalan Datuk Bandar Nea Peramos, Stavros Fotiou.






Mandra

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

“UFO Memang Wujud”

Artikel Lain