Jual Dara Demi Wang AS$3 Juta - Dunia | mStar

Jual Dara Demi Wang AS$3 Juta

SEORANG model sanggup menjual keperawanannya gara-gara wang bernilai AS$3 juta.

Giselle, 19, ditawarkan sejumlah wang yang besar itu daripada seorang ahli perniagaan dari Abu Dhabi yang memenangi bidaan tertinggi.

Tawaran ketiga tertinggi dikatakan dilakukan seorang ahli politik Rusia.

Menurut model kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu, dia terpaksa menjual kesucian dirinya kerana ingin mendapatkan wang untuk membayar tuisyen dan melancong.

"Saya tidak fikir trend menjual keperawanan adalah satu bentuk pembebasan dan saya terkejut mengenai individu yang menentang tindakan tersebut.

"Jika saya mahu melakukannya pertama kali bukan bersama cinta pertama saya, itu adalah keputusan saya," katanya.

Giselle berkata dia amat gembira menjadi sebahagian daripada trend tersebut yang didakwa telah memecah pantang larang mengenai keperawanan.

Malah, gadis tersebut berkata tindakan menjual keperawanannya itu merupakan ideanya sendiri.

Dia kemudiannya mencari sebuah agensi untuk menguruskan bidaan tersebut.

Sebuah hotel di Jerman juga sudah ditempah.

Dia akan ditemani seorang pengawal dari agensi terbabit yang akan memantaunya di luar hotel.

Giselle akan bercakap dengan lelaki yang memenangi bidaan tersebut terlebih dahulu dan boleh membatalkan temu janji itu pada bila-bila masa.

model , jual dara

Artikel Sebelum

Pengembara India Isytihar Diri Raja

Artikel Berikut

Dua Beranak Cedera Rusa Rempuh Kereta

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain