suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Badak Air, Rusa Diberi Minum Alkohol

JAKARTA: Pihak pengurusan sebuah zoo di Indonesia telah membuat laporan polis berhubung perbuatan seorang lelaki dan seorang wanita yang memberi alkohol kepada seekor badak air dan seekor rusa dalam video yang tular di media sosial.

Insiden dipercayai berlaku dekat Taman Safari Bogor, Jawa Barat pada Rabu.

Perbuatan pasangan itu dirakam dan dimuatnaik oleh wanita terbabit di Instagramnya.

Aktivis hidupan liar mengecam perbuatan pasangan terbabit yang memberikan minuman alkohol kepada dua haiwan berkenaan.

"Kami sudah membuat laporan polis mengenai perbuatan pasangan terbabit di Balai Polis Cisarua pagi ini. Tindakan itu mengancam nyawa haiwan di sini dan melanggar norma kebajikan hidupan liar," kata jurucakap zoo terbabit, Yulius Suprihardo kepada The Jakarta Post.

Yulius berkata pasukan veterinar sedang memeriksa haiwan terbabit untuk mengenal pasti sama ada alkohol itu memberi kesan kepada kesihatan mereka.

zoo, alkohol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain