suria

Instafamous Tertekan Butang 'Live' Seks Dengan Teman Lelaki

PERNAHKAH anda merakamkan aksi 'bilik tidur' untuk disiarkan secara langsung buat tontonan 14,000 orang?

Mungkin kita akan berkata bahawa kita tidak sesekali akan melakukannya.

Tetapi tidak bagi bintang media sosial Kristin Hancher, yang pernah melakukannya.

Bintang Musical.ly yang mempunyai 3.9 juta pengikut di Instagram ini berdepan satu situasi memalukan apabila dia merakamkan aksi hubungan seks dengan teman lelakinya secara langsung tanpa sengaja.

Kristin sedang 'bersama' dengan teman lelakinya Andrew Gregory apabila seseorang mungkin tertekan butang rekod di Instagram Story akaunnya.

Mujurlah kamera itu tidak menghadap pasangan berkenaan, jadi hanya bunyi yang dirakamkan, bukan visual.

Bagaimanapun, menurut We The Unicorns, kira-kira 14,000 orang telah mendengarnya, dengan peminatnya meninggalkan pelbagai komen dan reaksi.

Kristin dan Andrew sempat 'bersama' selama tiga minit sebelum mereka menyedari apa yang sedang dilakukan mereka 'disiarkan kepada penonton yang ramai'.

Kristin menegaskan bahawa dia tidak tahu dirinya sedang dirakamkan dan memberitahu pengikutnya: "Siapa pun yang melihat cerita 'live' saya, saya hanya ingin memohon maaf, ia sama sekali tidak disengajakan. Padamkannya dari fikiran anda. Ia sangat memalukan dan sangat tidak selesa.

"Yang pasti, perkara sudah berlaku dan ia satu kemalangan. Anda perlu meneruskan hidup dan berpura-pura seperti ia tidak pernah berlaku. Itulah yang saya akan lakukan."

Dia menambah: "Saya memohon maaf kepada semua halaman peminat saya. Saya tahu anda semua kecewa kerana saya tidak pernah memberikan penjelasan penuh kepada anda. Mengenai apa yang berlaku dalam cerita 'live' saya. Pada Instastory saya. Saya secara tidak sengaja bersiaran langsung dan hanya sedar tiga minit kemudian, 14,000 orang menonton.

"Saya minta maaf."

Malah Kristin juga meninggalkan komen di beberapa laman peminat, dengan menulis: "Harap semua orang faham ia betul-betul tak disengajakan."

Bintang online itu kemudian memuat naik gambar dan menulis: "Masalah berlaku, anda perlu teruskan hidup dan terus senyum. Sayang kamu semua."

Kristin dan Andrew kini telah menjalinkan hubungan cinta selama satu setengah tahun. -metroUK

Kristin Hancher

Artikel Sebelum

'White Widow' Maut

Artikel Berikut

Artikel Lain