suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Kuat Gegar Vanuatu

WELLINGTON: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud menggegarkan berhampiran Vanuatu di kepulauan Pasifik.

Bagaimanapun kata pegawai rasmi, tiada amaran tsunami atau sebarang kerosakan dilaporkan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) memberitahu bahawa gempa itu melanda kira-kira 143 kilometer (km) tenggara ibu negara Port Villa dengan kedalaman 200 km pada lewat malam Rabu.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii berkata, tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi tersebut.

Seorang jurucakap Pejabat Pengurusan Bencana Kebangsaan di Vanuatu berkata, tiada laporan mengenai kerosakan setakat ini. - AFP

Artikel Sebelum

Awas Penyerang Wanita!

Artikel Berikut

Artikel Lain