suria

'Gadis Parti' Rooney Hadir Majlis Tanpa Coli

-foto dailymailUK

DIA dikatakan wanita yang menghabiskan malam bersama Wayne Rooney tidak lama sebelum pemain bola sepak itu ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, awal bulan ini.

Kini Laura Simpson sekali lagi mendapat perhatian apabila dia melangkah masuk ke Wembley Arena untuk menyaksikan satu pertandingan tinju.

Memakai pakaian serba merah, wanita berusia 29 tahun itu hadir memakai baju berkain jarang tanpa coli, yang mana buah dadanya dapat dilihat dengan jelas.

Laura turut memakai seluar panjang berwarna merah terang dan menyarung kasut bertumit tinggi.

-fotodailymailUK

Dia kelihatan berjalan dengan begitu yakin, malah bekas pengurus jualan itu juga tidak kisah gambarnya dirakamkan.

Laura bertemu dengan pemain Rooney di sebuah kelab malam Cheshire sebelum mereka ditahan ketika pemain bola sepak itu sedang memandu kereta jenis Volkswagen Beetle milik wanita berkenaan.

-fotodailymailUK

Dia sebelum ini berkata bahawa dia telah 'mencium dan memeluk' Rooney dan akan melakukan hubungan seks dengannya jika mereka tidak ditahan.

Sejak kejadian itu Rooney dan isterinya tidak pernah bercakap secara rasmi tentang kejadian itu, walaupun Coleen telah berpindah dari rumah keluarga mereka berharga £6 juta dan dua kali dilihat tidak memakai cincin perkahwinannya sejak penangkapan suaminya. -dailymailUK

Laura Simpson, Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Lain