suria

Serangan Barcelona: 13 Maut, 100 Cedera

Van yang dilaporkan telah digunakan untuk melakukan serangan keganasan di Las Ramblas.

SEBUAH van putih melanggar orang ramai pada petang Khamis do Las Ramblas, Barcelona. Polis Barcelona mengesahkan insiden itu merupakan serangan pengganas.

Setakat ini 13 orang maut dan lebih 100 orang cedera. Kumpulan Militan Daesh mendakwa bertanggungjawab ke atas insiden terbabit.

Kumpulan tersebut kerap mengisytiharkan bahawa mereka terlibat dalam perlbagai insiden keganasan sejak beberapa tahun lalu, namun pakar memberi amaran bahawa dakwaan tersebut perlu diambil dengan berjaga-jaga.

Dua suspek ditahan dan polis berkata, pemandu van berkenaan masih bebas. Bagaimanapun, polis telah menembak mati suspek ketiga yang memandu ke arah pegawai polis di satu kawasan.

Namun, pihak polis masih belum mengenalpasti sama ada suspek yang ditembak itu terlibat dalam serangan di Las Ramblas.

Seorang daripada suspek yang ditahan bernama Driss Oukabir. Dia disyaki menyewa van berkenaan, tetapi menafikan bahawa terlibat dan melaporkan dokumennya telah dicuri.

 

Suspek: Driss Oukabir.

Serangan yang berlaku pada waktu tengah hari di bahagian utara bandar Sepanyol itu merupakan kawasan panas sejak 2004 apabila pengebom yang diinspirasikan daripada al-Qaeda membunuh 192 orang dalam satu serangan terancang di kereta api Madrid.

Laporan oleh stesen siaran milik negeri, RTVE melaporkan bahawa pegawai penyiasat membuat andaian terdapat dua van yang digunakan - satu untuk serangan dan satu lagi untuk melarikan diri.

Las Ramblas merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong yang dibarisi dengan pelbagai kedai dan gerai jualan. - The Telegraph

serangan Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain