suria

Gadis Jelita Tanpa Tangan Tawan Hati Lelaki

Lauren kehilangan sebelah tangannya akibat kemalangan jalan raya.

BUKAN sahaja memiliki wajah yang jelita, malah Lauren juga seorang yang kelakar.

Tapi gadis itu telah kehilangan sebelah tangannya kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sikap humor yang dimiliki gadis dari San Diego, Amerika Syarikat (AS) itu membuatkan ramai lelaki teringin memperisterikannya berdasarkan profil laman Tinder miliknya.

Kapsyen: Sedang bertemu janji.

Mengimbas peristiwa hitam dalam hidupnya, Lauren jatuh daripada basikal lalu melanggar papan tanda dan ketika polis tiba, dia bertanya sama ada dia akan meninggal dunia.

Nyawa Lauren masih panjang dan ia satu berita baik kerana gadis yang bersemangat waja itu seorang yang pandai berjenaka.

Jeremy Wolfe: Saya ingin mengahwininya. Sekarang juga.

Biarpun tidak semua orang boleh menerima hakikat sekiranya terpaksa kehilangan tangan, Lauren tidak membiarkan emosi memakan dirinya.

Remaja berusia 21 tahun itu menulis biodata di Tinder bahawa dia seorang padanan 'jodoh' terbaik kerana memiliki skor wajah 10/10, badan 9/10, personaliti 20/10 dan tangan 1/2.

Lauren tidak berselindung dengan bentuk tubuhnya dan kerap memuat naik gambar di laman sosial seperti gadis lain.

Lauren, Tinder

Artikel Sebelum

Berapa Usia Lelaki Ini?

Artikel Berikut

Artikel Lain