suria

Pelanggaran Kapal Kumpul Lebih 150 Tan Sisa Minyak

HONG KONG: Insiden pelanggaran dua kapal di muara Sungai Mutiara minggu lalu, lebih 150 tan tumpahan minyak telah dikumpul.

Pihak berkuasa Hong Kong turut memaklumkan pihaknya bakal membuka semula sebahagian daripada 13 pantai yang terpaksa ditutup akibat kejadian pada Ahad lalu.

Menurut kerajaan, kira-kira 300 kakitangan telah dikerah untuk menangani masalah sisa minyak itu manakala sebilangan besar sukarelawan turut membantu membuang sisa tersebut ke dalam beg plastik yang disediakan.

Setiausaha Alam Sekitar, Tse Chin-wan berkata, situasi semakin stabil dan beberapa pantai yang ditutup mungkin dibuka semula dalam masa terdekat.

Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan Hong Kong (AFCD) turut mengawasi kesan tumpahan minyak terhadap industri perikanan dan taman laut.

Minggu lalu, insiden pelanggaran dua kapal di muara Sungai Mutiara telah menyebabkan gumpalan putih minyak sawit di dalam air dan tersebar di pantai. - Reuters



Sungai Mutiara, Hong Kong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain