suria

Kepala 'Dinosaur' Dipenggal

Salah satu replika dinasor yang dipenggal. Foto abc.net

SYDNEY: Tiga replika dinosaur yang dipamerkan di muzium dinasor nasional di Australia telah dipenggal kepalanya dan punca kejadian masih menjadi misteri.

Polis Canberra berkata, pasukan penyiasat sedang menjejaki pelaku selepas berlaku kerosakan pada dinosaur dalam kejadian pada Sabtu lalu.

"Kerosakan pada (tiga bahagian) dinosaur yang menunjukkan kesan gergaji digunakan untuk memotong kepalanya dari badan," katanya.

Menurut polis, suspek memanjat pagar setinggi empat kaki untuk memasuki kawasan itu.

Kakitangan muzium, Mitchell Seymour berkata, kerosakan dinosaur disedari pengunjung apabila kanak-kanak bertanyakan apa yang berlaku pada replika dinosaur
terbabit.

"Bila kita periksa, tiga dinosaur yang dipamerkan di sini telah dipenggal," kata Syemour kepada Australian Broadcasting Corporation (ABC). - AFP

Artikel Sebelum

Tuang Asid Kerana Cemburu

Artikel Berikut

Artikel Lain