Rakyat Malaysia, Indonesia Disahkan Maut Pertempuran Di Marawi - Dunia | mStar

Rakyat Malaysia, Indonesia Disahkan Maut Pertempuran Di Marawi

Jose Calida.

DAVAO CITY: Rakyat Indonesia dan Malaysia disahkan antara pemberontak warga asing yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Mindanao.

Peguam Negara, Jose Calida berkata, kerjasama antara warga asing dengan militan tempatan itu sesuatu yang jarang berlaku.

"Sebelum ini, ia hanya kumpulan pengganas tempatan, tetapi kini ia mula membabitkan ideologi militan Daesh," kata Calida.

Warga Malaysia dan Indonesia itu adalah antara enam yang terbunuh dalam pertempuran selama tiga hari di bandar Marawi, apabila tentera cuba mengusir pemberontak Maute, yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh.

Seramai 11 askar dan 31 militan terbunuh selepas Filipina mengerahkan helikopter penggempur dan pasukan khas untuk mengusir sekumpulan lelaki bersenjata dari bandar di selatan Manila, yang mempunyai dengan 200,000 penduduk.

Walau kurang dikenali, Maute adalah sebuah kumpulan pengganas yang sering menimbulkan masalah kepada tentera.

Ia dikatakan bertanggungjawab ke atas pengeboman di bandar kelahiran Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, di Davao pada September tahun lalu, yang mengorbankan 14 orang dan mencederakan puluhan mangsa yang lain.

Serbuan pada Khamis dilakukan untuk menangkap seorang pemimpin puak radikal lain, Isnilon Hapilon, daripada kumpulan militan Abu Sayyaf.

Kerajaan berkata, Hapilon berperanan sebagai pemimpin utama militan Daesh di Filipina, yang bekerjasama dengan pemimpin Maute.

Calida berkata, Daesh mengisytiharkan Hapilon sebagai 'pemerintah' mereka atau pemimpin di Filipina. - REUTERS

Daesh , Marawi

Artikel Sebelum

Dah Lama Rancang Serangan Rupanya

Artikel Berikut

Tiga Suspek Serangan Bom Dari Bandung

Artikel Berkaitan

Amaran Duterte

Lebih Artikel

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu

Pilu tiga ibu rayu anak pulang