Dah Lama Rancang Serangan Rupanya - Dunia | mStar

Dah Lama Rancang Serangan Rupanya

Salman Abedi.

BUKAN semalam dua pengebom berani mati, Salman Abedi merancang untuk melancarkan serangan berdarah di berdarah di Manchester Arena yang mengorbankan 22 orang pada Selasa lalu.

Sebaliknya, Abedi telah merancangnya sekurang-kurangnya sejak setahun lalu, perkara itu dilaporkan pada Khamis malam.

Pemuda berusia 22 tahun itu dipercayai membuka akaun bank bagi pembelian paku, batang logam dan skru untuk bom yang disimpan di dalam beg sandangnya.

Memetik laporan The Times, Abedi dikatakan membuat dua kunjungan berasingan ke kedai DIY (buat sendiri) di Manchester bagi mengelak kegiatannya dikesan.

Menurut sumber kepada akhbar tersebut, akaun bank Abedi dibiarkan aktif sehingga dia membuat pembelian di premis B&Q dan Screwfix sejurus sebelum berlepas ke Libya pada pertengahan April lalu.

Pada Khamis, didedahkan bahawa Abedi tiba di Manchester dari London pada hari dia mencetuskan serangan berdarah.

Serangan berani mati di konsert Ariana Grande di Manchester Arena yang meragut 22 nyawa itu turut mencederakan lebih 100 orang. - Mirror

Salman Abedi

Artikel Sebelum

Asid Bukan Penghalang Jodoh Lalita

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Rumah Sewa Medan Buat Bom

Lebih Artikel