suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Singapura Antara Terlibat Insiden Di Marawi

DAVAO CITY: Warga Singapura antara militan asing yang terlibat dalam pemberontakan kumpulan Daesh di Marawi yang terletak di selatan Filipina, kata sumber ketenteraan pada Jumaat.

"Terdapat unsur asing di negara ini untuk tempoh yang lama, membantu pengganas dalam kemahiran berkaitan keganasan dan pembuatan bom.

"Mereka juga datang dari Malaysia, Singapura, dalam pertempuran di Marawi... sebilangan mereka telah terbunuh.

"Terdapat maklumat tertentu yang mengesahkan pembunuhan 12 militan dan separuh daripadanya merupakan warga Malaysia, Indonesia dan negara lain," kata Briged Jeneral Padilla.

Beliau menegaskan militan warga asing antara mereka yang terkorban dalam operasi ketenteraan sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, Filipina telah berbincang dengan kerajaan militan asing itu untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Keadaan darurat diisytiharkan di Mindanao berikutan pertempuran sengit antara tentera Kerajaan Filipina dengan kumpulan militan di Marawi, Mindanao. 

Daesh, Marawi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain