Merpati Disyaki 'Perisik' Ditangkap - Dunia | mStar

Merpati Disyaki 'Perisik' Ditangkap

MERPATI yang disyaki perisikan China yang ditangkap oleh penduduk di daerah Anjaw. - Hindustan Times

NEW DELHI: Seekor burung merpati yang disyaki perisik China, ditahan di kawasan pertikaian di sempadan China-India pada minggu lalu.

Menurut laporan media India, burung berkenaan ditangkap oleh penduduk kampung Arunachal Pradesh di daerah Anjaw pada 20 Mei lalu dan mempunyai label yang ditulis dalam angka Cina.

Penangkapan burung itu menimbulkan syak wasangka bahawa tentera China menggunakan burung merpati untuk melakukan risikan di wilayah India.

Portal Hindustan Times melaporkan, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di daerah tersebut yang terlibat dalam konflik antara India dan China.

Kes tersebut dirujuk kepada jabatan perhutanan untuk siasatan lanjut tentang penggunaan label Cina yang dipasang pada kaki kiri burung tersebut.

Pegawai jabatan itu berkata, label itu mungkin digunakan untuk tujuan kajian tetapi mereka tidak mendedahkan sama ada burung tersebut dipasang dengan alat pengesan isyarat atau kamera.

Kedua-dua negara terlibat dalam pertikaian diplomatik pada pertengahan Mei lalu selepas India enggan terlibat dalam projek mega Laluan Sutera yang diusahakan oleh China.

China , India , Perisikan

Artikel Sebelum

Zuckerberg Terima Ijazah Kehormat

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel