Polis Thai Pintas Trak Bawa 1 Juta Pil Dadah Seludup Ke M'sia - Dunia | mStar

Polis Thai Pintas Trak Bawa 1 Juta Pil Dadah Seludup Ke M'sia

Seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Mr T yang dipercayai anggota kanan sindiket dadah antarabangsa ditahan polis Thai di Lapangan Terbang Hatyai Rabu lepas setibanya dari Chiang Rai. Foto Bernama

BANGKOK: Polis Thailand menumpaskan cubaan sindiket untuk menyeludup dadah ke Malaysia apabila ia memintas sebuah trak yang membawa satu juta pil 'yaba' atau dadah jenis methamphetamine, empat hari lepas di daerah Mae Chan, Chiang Rai di utara Thailand.

Menurut Komander Biro Penindasan Narkotik (NSB) Thailand, Mejar Jen Tanai Aphichartseni, dua warga Thailand dari Songkla di selatan Thailand ditahan pihak polis dalam serbuan awal pagi selepas polis memintas sebuah trak 10 tayar, yang mengangkut dadah itu.

"Kedua-dua suspek mengaku mereka diarahkan untuk membawa dadah itu ke Hatyai dan kemudian ke Sadao sebelum dadah itu diseludup ke Malaysia. Pihak polis menemukan 10 beg penuh diisi yaba di dalam trak itu," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu yang dibayar 400,000 Bath (kira-kira RM50,000) sepatutnya mengisi trak itu dengan buah oren apabila mereka berhenti di Chiang Mai ketika dalam perjalanan ke selatan Thailand, dalam usaha mengaburi pihak berkuasa daripada menemukan konsainan sebenar trak itu.

Tanpa pengetahuan kedua-dua lelaki itu, pihak berkuasa telah memantau pergerakan kedua-dua suspek, lima bulan sebelum penahanan mereka empat hari lepas.

Menurut Tanai, kedua-dua suspek juga membuat pengakuan kepada pihak berkuasa, mereka telah beberapa kali berjaya mengangkut dadah ke selatan Thailand dan Malaysia sebelum ini, dan menerima upah 200,000 Bath  (kira-kira RM25,000)  bagi setiap penghantaran.

"Kali ini mereka menerima 400,000 Baht kerana mengangkut jumlah dadah yang lebih banyak," katanya dan menambah pihak polis mensyaki dalangnya berada di Hatyai dan akan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Beliau juga berkata, dadah yang diangkut oleh kedua-dua suspek dibungkus kemas dan mempunyai label '999' berwarna merah, menunjukkan ia dari utara Wa State, sebuah wilayah autonomi di Myanmar yang terkenal sebagai tempat penghasilan dadah.

Tanai berkata, kedua-dua lelaki itu bakal berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika didapati bersalah. - Bernama


Artikel Sebelum

Puluhan Penjenayah 'Serang' Brazil

Artikel Berikut

Babi Hutan 100kg Mati Dilanggar Kereta

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain